SoFhAh

Wednesday, November 23, 2016

SAF SOLAT JENAZAH.



Assalamualaikum ustaz..minta pencerahan tentang susunan saf solat jenazah.. tadi saya minta jamaah buat tiga saf @ saf yang ganjil..
Ada yang tegur..Katanya bidaah.

JAWAPAN :

Sunat membentuk tiga saf atau lebih secara bilangan ganjil ketika melaksanakan solat jenazah.

Berikut beberapa hadis yang menjadi sandaran para ulama :

Malik bin Hubairah menyatakan : bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَرْفُوعًا بِلَفْظِ مَا مِنْ مَيِّتٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ ثَلَاثَةُ صُفُوفٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ إلا أوجب (وفي لفظ:إلا غفر له)

“Jika ada seorang muslim yang meninggal, kemudian disolatkan ke atasnya 3 saf kaum muslimin maka doanya pasti dikabulkan. (dalam riwayat lain; “dia pasti diampuni).”

[ HR. Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah, Hakim dan yang lainnya. Hadis ini statusnya hasan ]. Martsad bin Abdillah –salah satu perawi hadis– mengatakan,

فكان مالك إذا استقبل أهل الجنازة جزأهم ثلاثة صفوف للحديث

“Malik bin Hubairah ketika menoleh ke arah mereka yang hadir untuk solat jenazah. Beliau membahagikan mereka kepada 3 saf. Kerana beramal dengan hadis ini."
[ Ahkam al-Janaiz, Hal. 100 ]

Dalam riwayat yang lain, Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihiwasallam bersabda;

مَا صُفَّ صُفُوفٌ ثَلَاثَةٌ عَلَى مَيِّتٍ، فَيَشْفَعُونَ لَهُ إِلَّا شُفِّعُوا فِيهِ

" tidaklah diatur saf ke atas satu mayat dengan tiga saf, lalu mereka mendoakan keampunan buatnya kecuali pastilah diampuni "

[ Kitab al-Fawaid ( al-Ghailaniyyat ) ]

Lebih jelas lagi perkara ini bukannya bidaah kerana Rasulullah Sallallahu 'Alaihuwasallam juga berbuat demikian sekali pun saf yang disusun tidak penuh.

Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan :

صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم على جنازة ومعه سبعة نفر فجعل ثلاثة صفا، واثنين صفا واثنين صفا

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menshalati jenazah bersama 7 orang. Kemudian beliau menyusun shaf: 3 orang di shaf pertama, 2 orang di shaf kedua, dan 2 orang lagi di shaf kedua. (HR. Thabrani dalam al-Kabir, dan statusnya hasan li ghairih).

Moga bermanfaat..

Rujuk :

'Umdatul Ahkam
'Aunul Ma'bud syarah sunan Abi Daud

kredit to : Tg Ust Mohd Hazri al-Bindany.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.