SoFhAh

Saturday, January 30, 2010

Kenangan09(SMAYK)

Ini saja ambo nk cter kngan diri ambo..
kengan nie msa ampir2 ujung thun 2009(x ingat de..hehe)
msa nie jga ambo dah b'gelar mahasiswa UPSI dah..
kmi mndpat jmputan ke umah hanif
hmm...ambo ngan kwn2 pegi utk meraikan beliau dll pegi mesir(padahal lapar...haha)
bkn sonang nk jmpa lak..mngkn 4thn @ lebih...
msa d umah beliaulah kngan yg x dpt dlupakan...huhu..tisu2!!
k..k.. sambung blik.. msa tue kami b'kumpul bramai
UPSI(ambolah),UDM,INSANIAH dll suma turun...
waktu tue bez giler....
sapu laksa sampai abis..hahaha(agaknya..hehe)



Hahaha...msa nie suma pakat posing n cntrol kehenseman msg2..
makan? dah
minum? dah
apa lagi? nyembang la...(teruk sgt..hmmmm)
kongsi pendapat n pandangan..haha..
pas2.. bergambar lagi n suma pun bersurai(hehe..penutup mengejut..xde modal nk tulis)






RENUNGAN!!

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'



Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan
melukai perasaan saudaranya sendiri"

Friday, January 29, 2010


FIKIRKANLAH... mutiara tidak akan berharga jika tiram tidak berpindah dari laut ke darat...selalunya, perit untuk membuat sesuatu perubahan...namun, dengan istiqamah...hasil yang diperolehi pasti setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan...percayalah!!! Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN…

Sunday, January 24, 2010

PEMERGIAN SAHABAT SEJATI

Tanggal 11 januari 2010 menjadi saksi,
Suatu peristiwa yang menyentap hati sanubari,
Suatu pemergian yang tidak mungkin kembali,
Pemergian sahabat sejati .
Sahabat,
Aku tidak mampu melakukan apa-apa,
Bagi mengubati hati yang lara,
Melainkan dengan iringan doa,
Semoga engkau selamat di sana,
Sahabat,
Kaulah pembimbingku ketika aku dalam kebuntuan,
Dan sering menghiburku ketika aku dalam keresahan,
Kau juga mengingatkanku kekuasaan tuhan,
Mulianya dirimu wahai sahabatku.
Dahulu,
Ketika aku masih dalam khayalan,
Tercari- cari erti kebenaran,
Engkau hadir dengan penuh kesabaran,
Rungutan dan Sindiran,
Engkau balas dengan senyuman,
Mulianya dirimu wahai sahabatku.
Kini,
Baru aku sedari,
Tidak dapat dinilai jasamu walau dengan emas ataupun permata,
Gurauan kemesraan dan senyumanmu kepadaku tersemat di kalbu,
Kini semua itu hanyalah kenangan,
Yang bersamaku setiap masa.

Kini,
Baru aku terasa hargai,
Kata- katamu umpama mutiara bagiku,
Yang hadir mengkiblatkan kehidupanku ,
Sehingga aku mengenal arah tuju
Kini dan selama –lamanya,
Hasratku menjunjung tinggi,
Ingin mencontohi segala aspek peribadi,
Biarpun dari personaliti mahupun amali,
Semoga mendapat redha illahi.

Saturday, January 23, 2010

10 NASIHAT AS SYAHID HASSAN AL- BANNA

1.
Bersegeralah untuk pergi sembahyang apabila kamu mendengar seruan azan, walaupun dalam apa jua keadaan.
2.
Bacalah Al-Quran, pelajari isinya, dengar pesanannya, selalu mengingati Allah dan jangan membuang masa dengan perkara² yang tidak berfaedah.
3.
Berusahalah untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab fushah, sesungguhnya ia sebahagian dari syiar Islam.
4.
Jangan banyak bertengkar dalam perkara yang tidak berfaedah, sesungguhnya seseorang itu tidak akan mendatangkan kebaikan (melainkan Allah).
5.
Jangan banyak ketawa, sesungguhnya hati yang mempunyai hubungan dengan Allah selalu tenang dan tenteram.
6.
Jangan banyak bersenda gurau, sesungguhnya orang yang bermujahadah itu tidak kenal kecuali dengan bersungguh².
7.
Jangan tinggikan suaramu melebihi had bagi pendengar, sesungguhnya perbuatan itu amatlah buruk dan keji.
8.
Jauhkan dari mengumpat dan menyakiti hati orang lain dan jangan bercakap kecuali dengan perkataan yang baik.
9.
Perkenalkan dirimu kepada saudaramu apabila berjumpa sesungguhnya asas dakwah kita ialah berkenalan dan kasih sayang.
10.
Kewajipan (kerja² jemaah) lebih banyak daripada waktu, maka tolonglah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Dan jika kamu mampunyai kerja maka percepatkanlah untuk menunaikannya (jangan melengah²kan kerja).

Tuesday, January 19, 2010

Munajat Seorang Hamba


Ya Rabbul Izzati……
Hamba Mu Ini Datang Mengadap Untuk Bermunajat Kepada Mu…..
Berbekalkan Dengan Hati Yang Ikhlas Hanya Kepada Mu lah Sahaja Tempat Aku Mengadu………
Tiadalah makhluk Lain Yang Berhak Membantu DiriKu Ini Melainkan Datangnya DaripadaMu…….
Justeru Itu,Kau Makbulkanlah doaku Ini…….
Ya Allah Ya Tuhan Ku…..
Kau Lihatlah Sekeping Hati Yang Kotor Dan Busuk Ini,Yang Di Nodai Dosa² Silam…
Hanya KepadaMu Ya Allah….
Kau Ampunilah Dosaku samada Besar Atau Kecil….
Janganlah kau Tayangkan Kembali dosaku Di Padang Mahsyar Kelak…
Sesungguhnya Aku Amat Malu DiPerlakukan Begitu…..


Wahai TuhanKu….
Jadikanlah Diriku Sebagai Seorang Pemuda Yang Gagah Berjihad Menegakkan KalamMu Diatas Muka Bumi Ini….
Istiqamahlah Aku Dalam Jemaah Islamiah…..
Jadikanlah Aku Syahid Sewaktu Bertempur Dimedan Perjuangan….
Wahai TuhanKu Yang Mencipta DiriKu Ini…..
Engkau Telah Menciptakab Sebutir Benih,Kemudian Di Campakkan Dalam Setiap Jiwa Makhluk Yang Bernama Insan…..
Itulah Dia Perasaan Cinta……
Sejuak Adam Di Ciptakan,Hinggalah Pada Saat Ini,Perasaan Cinta Itu Masih Tumbuh Mekar Dalam Jiwa Setiap Insan….
Terlalu Kuat Akarnya Hingga Begitu Sukar Dibuangnya


Ku Letakkan Mahkota Cinta Ku Yang Pertama Hanyalah PadaMu Ya Rabbi……..
Kemudian CintaKu Yang Kedua Hanyalah Untuk Junjungan Mulia Rasullullah…….
Dan CintaKu Yang Seterusnya Barulah Ku Serahkan Kepada Makhluk Mu……..
Aku Juga Seorang Insan,Dan Aku Juga Seorang Remaja Yang Ingin DIKasihi Dan Mengasihi….
Seandainya Telah DiTakdirkan Untuk BersamaNya,Engkau Redhailah Perhubungan Ini,
Jika Ini lah Jalan Yang Terpaksa Aku Lalui Yang Menguji Kesetiaan Untuk Bersamanya,
Nescaya,Kekalkanlah Aku Di Dalamnya…..
Aku Akan Menanti Biarpun Bertahun Lamanya….

Sunday, January 17, 2010

AKHLAK ISLAMI



Akhlak adalah hasil kefahaman seseorang dengan penghayatan akidah dan syariah islamiyah. Dengan akhlak boleh menggambarkan keimanan seseorang.ini bermaksud tidak bernilai bagi iman jika tidak disertai dengan akhlak..Akhlak adalah matlamat kepada pendidikan itu sendiri.Pendidikan yang gagal melahirkan manusia yang berakhlak adalah satu usaha yang sia-sia umpama mencurah air ke daun keladi.Pencapaian utama sesuatu sistem pendidikan adalh kemampuannya melahirkan insan yang berakhlak mulia,seimbang dan sepadu peribadinya. Sabda rasulullah: "sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak(budi pekerti yang mulia)" -riwayat bukhari...(tanggungjawab dan peranan pendidik muslim)..

Saturday, January 16, 2010

Ilmu itu cahaya