SoFhAh

Saturday, March 13, 2010

Asy syahid Hassan Al banna

Hassan Al Banna merupakan salah seorang yang menekankan nilai-nilai mengikhlaskan diri dan benar-benar memperingatkan penyokongnya agar menghindari sifat suka menonjol diri. Hal ini terbukti daripada satu kisah oleh Ustaz Omar Tilmisani:"Pada suatu masa kami berhimpun dalam satu program di luar kota. Setelah selesai kerja pada 12 tengah malam, kami berasa sangat keletihan kerana program seharian yang kami jalani dengan bersungguh- sungguh. Kebetulan saya dan Hassan Al Banna menghuni bilik saya yang sama. saya merasa sangat penat sekali dan ingin terus tidur supaya tidak terlewat bangun solat subuh . Kami berbaring di tempat tidor masing- masing. Tidak berapa lama beliau memanggilku," Omar, awak sudah tidur?, lantas aku menjawab," labbaika, belum Mursyid."
Hassan al Banna mendiamkan diri, tetapi tidak lama kemudian beliau bersuara semula "Omar,awak sudah tidur?" lantas aku menjawab "belum lagi Mursyid". Hatiku bertanya mengapa beliau bersikap begitu. Setelah lama Mursyid terdiam, lalu beliau mengulangi pertanyaan dan oleh kerana aku merasa sangat penat, aku membiarkan soalan tersebut tanpa jawapan. Imam Hassan al Banna yang menyangka aku telah tidur lantas bangun perlahan-lahan menuju ke arah bilik mandi. Di bilik mandi Hassan al Banna sangat berhati-hati berwuduk supaya bunyi percikan air tidak menggangu lena tidurku. Kemudian aku melihat beliau mengambil tempat tempat di suatu sudut bilik, beliau mengadap khiblat dan beliau pun bersembahyang malam beberapa rakaat. Subhanallah, begitulah ajaran beliau yang sangat melekat di hatiku.."


Dan sebagaimana hadis nabi s.a.w. yang diriwayatkan At-tarmizi:

"orang-orang yang berbakti, bertakwa dan tersembunyi. jika tidak hadir, mereka tidak dicari dan jika hadir, mereka tidak dikenal".